BUAT peminat filem DC, sudah pasti anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan trailer terbaharu filem Wonder Woman 1984.

Trailer sekuel filem DC, Wonder Woman itu telah dilancarkan pada Ahad.

Apa yang menarik, trailer ini turut memperkenalkan sut terbaharu Wonder Woman berwarna keemasan rekaan Lindy Hemming yang digelar Golden Eagle Armor.

Sebelum ini, sut itu dipertonton buat kali pertama pada perkongsian poster rasmi Wonder Woman 1984 di media sosial pengarahnya Patty Jenkins.


Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah keistimewaan dan fungsi sut tersebut buat Diana Prince atau Wonder Woman.

Apa yang diperlihatkan ialah sut itu memberikan fungsi sayap buat Wonder Woman seakan helang.

.

Selain Gal Gadot, filem arahan Patty Jenkins ini turut dibintangi Chris Pine, Robin Wright, Connie Nielsen dan Kristen Wiig sebagai penjahat baharu iaitu Cheetah.

Filem Wonder Woman 1984 dijangka menemui peminat pada Jun 2020.