Tutup

Wow! 'orang kuat' filem Bollywood, 3 Idiots seronok tonton filem Pusaka

Wow! 'orang kuat' filem Bollywood, 3 Idiots seronok tonton filem Pusaka
Rajesh yang juga merupakan Pengarah Bersekutu bagi filem popular 3 Idiots menyarankan peminat agar menonton filem ini.
PENGARAH filem terkenal India, Rajesh Mapuskar memberikan reaksi positif terhadap filem Pusaka.

Menonton filem terbabit di malam gala Pusaka yang berlangsung minggu lalu, Rajesh yang juga merupakan Pengarah Bersekutu bagi filem popular 3 Idiots menyarankan peminat agar menonton filem ini.

"Sangat takut selepas menontonnya. Saya sarankan anda semua menonton filem Pusaka kerana ia seperti satu perjalanan.

"Anda pastinya enjoy, merasakan ketakutan... Jalan cerita juga bagus, ada menyelitkan elemen kekeluargaan.
"Jadi. anda semua harus menontonnya. Tahap ketakutan, saya bagi 7!" katanya teruja.

Berikut merupakan sedutan temu bual dengan Rajesh:
 

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
 

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
 


Tag: Instagram, Pusaka, Three Idiots, Bollywood, India, Astro, filem, Rajesh Mapuskar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.