PELAKON popular Hong Kong Donnie Yen mengakui filem Ip Man 4: The Finale, merupakan filem kungfu terakhir lakonannya.
Donnie berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia sudah terlalu lama berlakon dalam filem kungfu dan sudah tiba masanya memberi ruang kepada pelakon pelapis yang lebih muda.
Bagaimanapun kata Donnie, itu bukan bermaksud dia berundur daripada dunia lakonan atau tidak berlakon dalam filem aksi.
“Ya, filem Ip Man 4: The Finale adalah filem kungfu terakhir saya. Saya memulakan karier dengan berlakon dalam filem Drunken Tai Chi pada tahun 1984.
“Jadi sudah tiba masanya, saya berundur dan memberikan ruang kepada pelakon pelapis dan lebih muda.
“Tetapi jangan salah faham, saya bukan berhenti berlakon. Saya akan terus berlakon dalam filem aksi.
“Aksi dan kungfu dua benda yang berbeza,” katanya kepada Gempak.
Donnie berkata demikan ketika ditemui pada majlis sidang media Ip Man 4: The Finale pada petang Rabu di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Donnie sempat meluahkan rasa teruja dapat kembali ke Malaysia dan bertemu peminatnya di negara ini.
"Saya gembira dan teruja kerana diberi peluang untuk bertemu peminat di Malaysia,” kata pelakon berusia 56 tahun itu.
Turut hadir adalah pelakon, Denny Chan Kwok Kwan yang memegang peranan sebagai Bruce Lee, penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong.
Mereka kini dalam siri jelajah mempromosikan filem Ip Man 4: The Finale dan mengadakan sesi bertemu peminat di Suria KLCC pada malam ini dan esok di 1 Utama Shopping Centre serta MBO The Starling, Damansara.
Ip Man 4: The Finale akan ditayangkan pada 20 Disember 2019 di pawagam seluruh negara.
Gempak
Wed Dec 11 2019
Donnie Yen teruja datang ke Malaysia untuk bertemu peminat tempatan. - Foto: Azrul Rafie
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
'Ip Man' Donnie Yen bakal muncul dalam 'John Wick 4'
Donnie akan memegang watak sebagai rakan lama John Wick (Keanu Reeves) yang berkongsi sejarah dan juga musuh yang sama.
Pengarah filem 'Police Story' Benny Chan meninggal dunia
Benny mengaku tidak sihat tahun lepas ketika mengarahkan filem aksi "Raging Fire" lakonan Donnie Yen dan Nicholas Tse.
'Mereka hanya mahu Ip Man dalam Star Wars' - Donnie Yen
Bagi pelakon yang dikenali menerusi trilogi Ip Man ini, mwe tidak ada bezanya dengan watak yang diberikan Hollywood kepadanya.
The Way Station menang Anugerah Filem Terbaik AIFFA
Filem "The Way Station"dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA).