PLATFORM YouTube melancarkan aplikasi muzik penstriman, YouTube Music di Malaysia hari ini.
YouTube Music merupakan aplikasi khusus untuk pendengar melengkapi halwa telinga mereka dengan lagu, album, ribuan senarai lagu (playlist) serta radio artis rasmi.
Lebih menarik lagi, pengguna turut ditawarkan senarai lagu remix berupa katalog, persembahan secara langsung, nyanyian semula dan muzik video yang tidak mungkin ditemui di mana-mana platform penstriman muzik lain.
Dalam satu sidang video bersama Pengarah Pengurusan Produk, Produk Muzik, YouTube, T. Jay Fowler, berkata YouTube Music seakan memahami minat dan kecenderungan muzik seseorang yang sering melayari YouTube.
“Selain itu, YouTube Music boleh ditetapkan mengikut kemahuan peribadi kita contohnya muzik ketika kita berada di rumah, di pejabat atau di gimnasium.
“Ia turut menyediakan paparan New Release bagi yang tertunggu-tunggu muzik video atau lagu yang baru dilancarkan.Semua paparan itu dipanggil koleksi pengisian (Collection of Content),” jelasnya pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Perkongsian Muzik Australia, New Zealand dan Asia Tenggara YouTube serta Google Play, Ruuben van den Heuvel, memberikan pencerahan serta kelebihan yang boleh dinikmati menerusi langganan YouTube Music.
“Sebaik sahaja anda melanggan YouTube Music Premium, anda bebas untuk memuat turun apa sahaja pengisian muzik dan boleh dibawa ke mana sahaja termasuk mendengar secara luar talian.
“Ramai pelanggan datang berjumpa saya dan memberi maklum balas pengalaman hebat mereka sebaik melanggan YouTube Premium. Ia akan menjadi perkara biasa dan anda pasti tidak akan menoleh ke belakang lagi,” katanya pada Selasa.
Menurut Ruuben, beliau sedia maklum dengan karakter sebahagian pengguna yang gemarkan barangan percuma, namun ia boleh diatasi dengan pengalaman YouTube Premium yang pasti memberi kepuasan kepada pendengar.
Beliau pada masa yang sama turut melahirkan rasa teruja dan seronok dalam bekerjasama dengan penggiat seni dan syarikat rakaman dari Malaysia.
“Kami seronok bekerja dengan mereka. Kami mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat rakaman di Malaysia seperti Warner Music, Sony Music dan Universal Music.
“Mereka berkongsi banyak perkara dengan kami dalam muzik, namun apa yang menjadi masalah adalah apabila syarikat rakaman tidak mendigitalkan lagu-lagu lama.
“Kami kini bekerjasama dengan mereka untuk ke arah itu (mendigitalkan lagu-lagu lama) dan tambahan pula kini YouTube tampil dengan langganan berbayar,” jelasnya.
Walaupun sebelum ini semuanya boleh diakses secara percuma, YouTube Music Premium memberikan kepuasan berganda apabila pelanggan boleh memainkan lagu dan video sebagai latar belakang dan pada masa sama bertukar-tukar aplikasi.
Antaranya seperti menulis atau menghantar mesej, dalam keadaan telefon berkunci atau semasa anda sedang berlari!
YouTube Music turut boleh diakses di mana sahaja termasuk negara yang tidak menyokong aplikasi berkenaan.
YouTube Music Premium turut menawarkan muat turun luar talian dan penggunaan bebas iklan dan semuanya hanya dengan kadar RM14.90 sebulan.
Pada majlis sama, turut dilancarkan pelan keluarga bagi langganan YouTube Premium dan seterusnya pelan pelajar pada 15 November depan.
Enam sebab YouTube Music lain daripada yang lain:
1. Bukan sahaja muzik video, malah lagu rasmi,album, rekod single, lagu-lagu remix, persembahan langsung, nyanyian semula dan muzik yang sukar dijumpai hanya ada di YouTube Music
2. Skrin utama beradaptasi secara dinamik yang menyediakan tetapan muzik seiring dengan aktiviti pendengar
3. Ribuan playlist merentasi pelbagai genre, suasana, aktiviti atau bahasa
4. Video-video terhangat masa kini
5. Carian pintar sesebuah lagu tanpa mengingati tajuk, hanya kata petunjuk
6. Peralihan video atau audio. Beralih antara video dan audio dengan mudah.
Sahlizah Mohamed
Wed Nov 06 2019
YouTube melancarkan aplikasi muzik penstrimannya di Malaysia hari ini. -Foto YouTube Music
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YouTube Music kini di Malaysia! Ini 6 sebab ia lain daripada yang lain
Platform YouTube melancarkan aplikasi muzik penstriman, YouTube Music di Malaysia hari ini.