awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yuna jawab isu berhijab, akui tidak suka Donald Trump

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/04/2016
00:42 MYT
Yuna jawab isu berhijab, akui tidak suka Donald Trump
'Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi.' - Yuna
PENYANYI tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna, nampaknya tidak berselindung apabila ditanya pandangannya mengenai calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dalam temuramah dengan majalah hiburan Billboard edisi 30 April, Yuna, biarpun kini menetap di negara Uncle Sam itu, tetap tidak teragak-agak menyatakan rasa tidak senang dengan apa yang diperjuangkan Trump.
Biarpun tidak menjelaskan dengan terperinci, ia pastinya merujuk kepada sikap yang ditunjukkan Trump dalam menangani isu kepelbagaian agama dan pendatang, khususnya umat Islam.
"Trump memperjuangkan kebencian dan keganasan. Saya tidak faham bagaimana seseorang seperti dia masih boleh diterima dalam sebuah negara maju dan moden," ujar Yuna.
Namun begitu, Yuna tidak bimbang dengan stereotaip yang dilabel kepada umat Islam. Ini kerana kata Yuna, dia percaya muzik mempunyai kemampuan untuk mendidik dan melembutkan hati manusia.
"Jika muzik saya berjaya berbuat demikian, saya anggap ia satu kejayaan besar," tambahnya.
BACA: 'Crush' kolaborasi bersama Usher taruhan terbaru Yuna BACA: Yuna terharu dengan kerjasama Usher
Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu turut menjawab beberapa persoalan berkaitan keputusannya untuk terus berhijab biarpun kini terbabit dalam industri muzik antarabangsa.
"Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia.
"Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri.
"Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas," kata Yuna.
Album terbaharu Yuna, Chapters, bakal dipasarkan 20 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Chapters
#Crush
#Donald Trump
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan