Tutup

Zamani Slam rehat sebulan jalani rawatan tulang belakang

Zamani Slam rehat sebulan jalani rawatan tulang belakang
Zamani memberitahu dia akan beri tumpuan pada rawatan sakit tulang belakang sepanjang bulan Ramadan ini.
SEPANJANG bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, penyanyi terkenal, Zamani memilih untuk berehat ekoran penderitaan tulang belakang tidak mengizinkan dia untuk aktif menyanyi.

Selama tempoh itu juga, selain memberi tumpuan pada ibadah, finalis Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu juga akan menjalani rawatan intensif di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Vokalis utama kumpulan Slam itu sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah tulang belakang melengkung atau penyakit skoliosis.

"Kalau nak diikutkan saya boleh bertahan lagi tetapi sepanjang Ramadan nanti saya tidak mengambil sebarang persembahan.
"Jadi, itulah masa yang paling ideal untuk saya melakukan rawatan tulang belakang ini. Sebelum ini saya sudah membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan keadaan tulang saya berbentuk 'S'.

"Saya bukanlah akan menjalani pembedahan tetapi melakukan rawatan yang sesuai mengikut saranan doktor," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video Aduh di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur.


Masalah tulang belakang melengkung yang dihadapi artis yang cukup popular dengan lagu Gerimis Menundang itu sering mengganggu kesihatannya.

Dalam pada itu, Zamani berkata, jadual yang padat, berdiri terlalu lama dan kurang pengambilan air menambah risiko penyakitnya itu.

"Sekarang memang sibuk ke sana ke sini. Takkanlah saya nak tolak undangan nyanyian.

"Jadi, apabila berdiri terlalu lama dan terlalu penat, tambah pula saya kurang minum air, itu punca sakit ini datang balik," ujarnya yang selama ini bergantung pada ubat penahan sakit.

Aduh merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam.


Tag: Zamani Slam rehat sebulan jalani rawatan tulang belakang, Zamani, Kumpulan Slam, tulang belakang, sakit



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.