Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid yang lebih dikenali dengan Datuk Lat di Hospital Pantai di sini pagi tadi.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertanyakan khabar kartunis kelahiran Perak itu.

Lat, 65, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai pagi tadi dipercayai kerana masalah jantung.

Adik beliau yang juga pengarah filem, Mamat Khalid yang mengesahkan perkara itu berkata, keadaan abangnya kini stabil.

Lat dimasukkan ke hospital minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke ICU pagi tadi.