PELAKON sensasi Zizan Razak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini.

Dalam muat naik di Instagram, pembawa nama penuh Mohd Razizan Abdul Razak meluahkan rasa syukurnya ke hadrat Allah dan berdoa agar rezekinya sentiasa murah.

“Selamat hari jadi buat mu Mohd Razizan bin Abdul Razak.”

“Semoga dirahmati Allah sentiasa dan selalu. Semoga dimurahkan rezeki menjadi orang yang beriman dan disayangi mereka yang mengenali,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam muat naik tersebut, Zizan juga mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya serta ahli keluarganya.

Beliau turut berterima kasih atas sokongan peminatnya yang tidak berbelah bahagi mereka kepada pelakon filem ‘Polis Evo’ itu.

Paling menarik perhatian ialah harapan Zizan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Tanpa berselindung dan malu-malu lagi, pelawak itu mahu jodohnya dipermudahkan dengan seorang isteri yang baik dan solehah.

Sure mesti ada doa supaya dipermudahkan jodoh dan mendapat isteri yang baik dan solehah.”

Apapun, kami di Astro AWANI ucapkan selamat hari jadi yang ke-35 kepada Zizan.

Semoga tahun ini lebih hebat dan cemerlang untuk anda!