awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zul Ariffin nafi beri harapan kepada gadis Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2018
14:23 MYT
Zul Ariffin nafi beri harapan kepada gadis Ukraine
Ditanya mengenai ukiran namanya di jari wanita tersebut, Zul berkata, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari.
PELAKON Zul Ariffin mahu membiarkan 'masa' yang menjawab segala persoalan mengenai perhubungannya dengan seorang gadis dari Ukraine, seperti yang tular di internet sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun aktor berusia 32 tahun ini menafikan dia bercuti dengan wanita bernama Tanya Glembotska di Phuket, Thailand.
"Saya mengenalinya ketika berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri dan dia juga jalani sesi latihan yang sama," katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, malam tadi.
Ditanya mengenai ukiran namanya di jari wanita tersebut, Zul berkata, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari.
BACA: Hantu Kak Limah, hiburan 'gelak pecah perut' untuk rakyat Malaysia
BACA: "Jodoh di tangan Tuhan" - Gayatri ulas hubungan dengan Zul Ariffin
BACA: Putus cinta, Zul Ariffin menyampah lihat Zahirah 'selfie' berdekatan jenazah arwah ibu
"Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.
"Saya tak ada jawapan mengenai perkara itu. Saya tak ada beri apa-apa harapan dan saya layan dia sama macam orang lain," ujarnya.
Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lebih lanjut perkara tersebut dan membiarkan sahaja netizen membuat andaian sendiri.
"Kalau saya cakap sesuatu, mereka akan membuat andaian dan menghukum. Baik atau buruk perkara itu, tak ada beza.
"Saya biarkan mereka buat andaian. Saya akan diam. Kalau komen kiri atau kanan tak ada beza. Mereka tak tahu apa-apa. Biar masa yang menceritakan," katanya.
Sebelum ini, hubungan Zul dan pelakon Zahirah MacWilson telah berakhir pada awal April lalu.
Zul juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit Gayatri Su-Lin namun mereka berpisah sekitar 2015.
Topic Berkaitan
#Bercinta
#Hantu Kak Limah
#Phuket
#Thailand
#Ukraine
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan