awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,047 tangkapan dibuat untuk banteras sindiket dokumen pengenalan diri palsu

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
12/11/2019
04:34 MYT
1,047 tangkapan dibuat untuk banteras sindiket dokumen pengenalan diri palsu
Menurut Azis Jamman, perbuatan menjual atau mengeluarkan dokumen pengenalan diri palsu ini telah dilakukan atas kapasiti individu-individu berkenaan untuk mengaut keuntungan mudah melalui cara yang salah. - Gambar fail
Sebanyak 1,047 tangkapan melibatkan orang awam telah dibuat dan telah didakwa di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dalam usaha membanteras sindiket dokumen pengenalan diri palsu.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2013 hingga 30 September 2019, sebanyak 2,100 operasi penguatkuasaan terhadap sindiket penipuan dan pemilikan dokumen pengenalan diri palsu atau milik orang lain telah dijalankan.
Katanya, perbuatan menjual atau mengeluarkan dokumen pengenalan diri palsu ini telah dilakukan atas kapasiti individu-individu berkenaan untuk mengaut keuntungan mudah melalui cara yang salah.
“Kuasa penuh telah diberikan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mendakwa pihak yang didapati bersalah,” katanya menjawab soalan (PAS-Tumpat), Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik penipuan sindiket MyKad sejak 2013 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Mohd Azis juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan mana-mana individu atau institusi yang meragui ketulenan dokumen pengenalan diri untuk merujuk terus kepada kementerian atau JPN bagi tujuan semakan data dan pemeriksaan fizikal dokumen.
Beliau juga memaklumkan, sebanyak 470 tangkapan telah dibuat oleh JPN dalam tempoh tahun 2017 sehingga 30 September 2019 bagi kes penyalahgunaan dokumen pengenalan diri sama ada menggunakan kad pengenalan milik orang lain atau memiliki kad pengenalan palsu.
“Kesemua individu kes-kes berkenaan telah dituduh di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Penyampaian JPN telah diadakan baru-baru ini dan langkah serta-merta telah dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Mohd Azis Jamman
#PDRM
#Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990
#Polis Diraja Malaysia
#sindiket dokumen pengenalan diri palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan