awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 cedera dalam insiden tanah runtuh Serendah

Bernama
Bernama
26/11/2016
01:52 MYT
1 cedera dalam insiden tanah runtuh Serendah
Dilaporkan sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan. - Sumber foto JBPM
Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) masih meneruskan pemantauan susulan kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini awal pagi tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 1 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul memaklumkan Astro AWANI, pemantauan dilakukan untuk melihat sama ada masih berlaku pergerakan tanah di kawasan tersebut sejak kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi.
"Pemantauan masih dilakukan dengan JKR di mana kita akan lihat sama ada wujud pergerakan tanah susulan kejadian tanah runtuh semalam.
Tanah runtuh, Serendah
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku sekitar jam 1 pagi tadi. - Gambar JBPM
"Secara keseluruhan operasi menyelamat telah pun selesai dan kini kita fokus untuk memantau situasi dari semasa ke semasa," kata Sani.
Dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal, Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Beliau tertimbus dalam runtuhan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.
Pihak bomba sebelum itu dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.
Menurut Sani, sehingga kini, tiada mana-mana waris membuat laporan polis mengenai kehilangan ahli keluarga.
"Demi keselamatan, kami turut meminta penduduk dua rumah berhampiran berpindah sementara waktu. Kajian turut dilakukan bagi mengenalpasti tahap keselamatan tanah di kawasan ini," katanya.
Dilaporkan sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut meranapkan tujuh unit kedai.
Sementara itu, Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan penduduk kira-kira 64 buah rumah kediaman berisiko tinggi akan dipindahkan ke SRA Serendah dan JKR Daerah Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Langat diarah mengambil alih operasi pembaikan jalan dengan segera . Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mahu tindakan yang lebih proaktif diambil untuk menjamin keselamatan rakyat.
Saya menghubungi UPEN dan MDHS untuk segera membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Serendah dan mengambil tindakan segera di lokasi.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
Kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Laporan penuh disediakan.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
Topic Berkaitan
#Sani Harul
#Serendah
#taman idaman
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan