Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

10.77 juta telah menerima Bantuan Prihatin Nasional, RM11.5 bilion telah diagihkan

10.77 juta telah menerima Bantuan Prihatin Nasional, RM11.5 bilion telah diagihkan
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, terdapat tiga kumpulan penerima BPN dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta penerima yang menerima bayaran secara berperingkat dalam Fasa Pertama dan Kedua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 10.77 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan peruntukan RM11.5 bilion telah diberikan secara berperingkat bermula April hingga Mei lalu.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, terdapat tiga kumpulan penerima BPN dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta penerima yang menerima bayaran secara berperingkat dalam Fasa Pertama dan Kedua.
“Sehingga 31 Mei, bagi Fasa Pertama, seramai 7.93 juta penerima telah menerima bayaran berjumlah RM5.56 bilion manakala bagi Fasa Kedua pula, seramai 7.90 juta penerima telah menerima bayaran berjumlah RM3.55 bilion dan selebihnya penerima adalah mereka yang belum lagi menuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN.

“Sebagai peringatan, mereka boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember. Alhamdulillah, status pencapaian bagi Fasa Pertama dan Kedua ini adalah 96.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata, kumpulan kedua penerima BPN adalah 2.3 juta penerima yang diumumkan pada 9 Mei yang lalu dan dari jumlah ini sehingga 31 Mei, seramai 2.08 juta penerima telah menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekaligus berjumlah RM1.57 bilion.

“Kumpulan ketiga adalah mereka yang telah membuat rayuan antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini dengan 170,000 rayuan diterima dan akan disemak secara manual.

“Keputusan akan diumumkan pada pertengahan bulan Jun dan bayaran sekaligus bermula pada akhir bulan Jun, “ jelasnya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata sebanyak 4 juta permohonan program i-Lestari KWSP telah diluluskan melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.9 bilion sebulan sehingga 31 Mei lalu.

"Bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11% kepada 7%, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM895 juta.

"Sehingga 31 Mei, Kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11%, iaitu seramai 1.7 juta atau lebih kurang 23% daripada pencarum KWSP berbanding dengan 1.5 juta sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11% kepada 7%, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM895 juta.

“Sehingga 31 Mei, Kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11%, iaitu seramai 1.7 juta atau lebih kurang 23% daripada pencarum KWSP berbanding dengan 1.5 juta sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi bayaran khas RM600 secara one-off yang akan diberikan kepada pemandu pelancong atau tour guides, sehingga 31 Mei, seramai 6,470 pemandu pelancong telah menerima bayaran ini berjumlah RM3.9 juta.

“Pemandu e-Hailing pula, sehingga 31 Mei, kerajaan telah menyalurkan bayaran bantuan khas sebanyak RM34 juta melalui e-wallet kepada 68,336 penerima. Pembayaran untuk 8,300 pemandu e-hailing tambahan masih sedang diproses.

“Untuk isu berbangkit mengenai 30,000 pemandu teksi yang mengadu mereka tidak menerima bantuan khas kerana kad pemandu teksi mereka telah tamat tempoh sah laku.

Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan bahawa bayaran khas ini akan dipanjangkan kepada mereka dengan syarat kad pemandu diperbaharui dan mereka diberikan tempoh sehingga 1 Julai,” jelasnya.


Tag: Bantuan Prihatin Nasional, BPN, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, penerima, bayaran, cawangan BSN, teksi, kerajaan, EPF, KWSP, pelancong



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.