Google Zeitgeist pada Isnin telah mengeluarkan carta carian tertinggi di Google Malaysia sepanjang bulan Mac yang menyaksikan Astro AWANI mendapat carian tertinggi.

Ini berikutan kejadian tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu dimana pengguna Google memilih Astro AWANI untuk mendapatkan laporan terkini mengenai insiden ini.

Kata kunci ‘MH370’ mendapat carian kedua tertinggi dalam senarai tersebut dan pelakon berusia 29, Hanez Suraya mendapat carian ketiga tertinggi selepas laporan mengenai beliau bercinta dengan suami orang menjadi bualan ramai.

Senarai 10 carian tertinggi Google ini mendapati laporan berkaitan kehilangan pesawat MH370 merupakan carian pilihan ramai, sama ada tentang laporan terkini atau mengenai teori konspirasi yang dibuat pakar-pakar penerbangan seluruh dunia.

Google Trending