Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, pagi tadi.

Menerusi entri terbaharu di laman Facebook baginda, istiadat pelantikan berkenaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Tiga muka baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi, ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon.

Sementara itu, dua exco terdahulu iaitu Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Tan Hong Pin (Skudai) digugurkan.