Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

10 kawasan di Gua Musang dilanda banjir kilat

10 kawasan di Gua Musang dilanda banjir kilat
Menurut polis, usaha menyelamat giat dilakukan pihak berkuasa apabila terdapat kediaman penduduk ditenggelami air. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Hujan lebat berterusan mengakibatkan 10 kawasan penempatan dan laluan di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat.

Sebuah jambatan merentasi Sungai Ketil di Kampung Kerinting ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sehingga paras 2 meter sejak jam 10 malam Sabtu.

Laluan jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran hentian Gua Musang turut dinaiki air.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin usaha menyelamat giat dilakukan pihak berkuasa apabila terdapat kediaman penduduk ditenggelami air.
Antara kawasan yang terjejas susulan hujan lebat bermula jam 8 malam Sabtu ialah Kampung Tanah Putih, Kampung Lepan Jaya, Kampung Sungai Kepa, Kampung Batu Papan, Kampung Kerinting, Kampung Baru, Kawasan Perindustrian, Perumahan Mgh, Taman Kesedar Jaya, Paloh 3 dan projek penempatan masyarakat setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera.



Tag: hujan lebat, banjir kilat, Gua Musang, Kelantan, Kampung Kerinting, Kuala Lipis, Polis Daerah Gua Musang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.