awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 lagi warga asing ditahan, 11 diberikan kompaun langgar PKPP

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/07/2020
07:52 MYT
10 lagi warga asing ditahan, 11 diberikan kompaun langgar PKPP
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara telah dijalankan, dengan sebanyak 39,407 kenderaan diperiksa. - Foto fail BERNAMA
Seramai 10 lagi warga asing ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu atas kesalahan imigresen.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara telah dijalankan, dengan sebanyak 39,407 kenderaan diperiksa.
Usaha berterusan itu dilakukan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus, tambah beliau.
Dalam perkembangan sama, seramai 11 individu pula dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk aktiviti melanggar prosedur operasi standard (SOP).
"Sebanyak 2,876 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,545 anggota telah membuat pemantauan di 3,804 pasar raya, 5,913 restoran serta 1,316 penjaja, 1,247 kilang, 3,767 bank dan 860 pejabat kerajaan.
"Juga 1,184 terminal pengangkutan darat, 267 terminal pengangkutan air serta 122 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ismail Sabri menambah Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 66,629 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP, pada Rabu.
Topic Berkaitan
#ingkar PKPP
#Ismail Sabri
#pati
#PDRM
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan