awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan isu zumba pakai seragam sekolah tanpa kain
Dua rentung, kereta terbakar di Plaza Tol Jitra
Lori terbabas di Rompin: Seorang lagi warga Bangladesh meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 minit menahan azab, gara-gara tercucuk besi di kepala

Salim Aziz
Salim Aziz
21/10/2019
12:23 MYT
10 minit menahan azab, gara-gara tercucuk besi di kepala
Mangsa mengalami luka dalam, apabila besi sepanjang dua meter itu, tercucuk di kepala ketika sedang menarik pukat. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki warga Thailand terpaksa menahan sakit lebih 10 minit gara-gara besi penarik pukat tercucuk di kepalanya.
Lelaki berkenaan yang merupakan seorang awak-awak kelihatan berlumuran darah dan mengalami luka dalam, apabila besi sepanjang dua meter itu, tercucuk di kepala ketika sedang menarik pukat.
Kejadian berlaku pada 10 malam Ahad, di atas bot majikannya di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Perlis pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Superintendan Abdul Shukor Yusoff berkata, ketika kejadjan, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu sedang menarik pukat ke atas bot dengan menggunakan besi berkenaan.
Bagaimanapun ketika mengendalikan pukat berkenaan, besi itu tercucuk di kepalanya sendiri.
Menurut Abdul Shukor, besi berkenaan dikeluarkan sebaik pihak bomba tiba dilokasi dan kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah bagi mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, bomba memotong bahagian besi berkenaan menggunakan pemotong besi sebelum mengeluarkan lebihan besi di kepala mangsa.
Berikutan itu, mangsa disahkan hanya mengalami luka pada bahagian kulit kepalanya sahaja.
Topic Berkaitan
#10 minit tahan azab
#besi tercucuk di kepala
#Hospital Tuanku Fauziah
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#LKIM
#Polis Daerah Kangar
#pukat tercucuk di kepalanya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan