awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 penceramah popular tak boleh terlalu kerap muncul di TV, radio?

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2018
07:15 MYT
10 penceramah popular tak boleh terlalu kerap muncul di TV, radio?
Senarai nama penceramah yang dikatakan tidak digalakkan ke udara mulai Januari 2019. Foto Facebook PU Syed.
Satu senarai nama penceramah yang didakwa bakal digam daripada muncul di stesen televisyen (TV) dan radio mulai bulan depan kini tersebar.
Mengulas perkhabaran itu, penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan perasaan sedihnya di media sosial.
"Dengar khabarnya teman (saya) dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di tv dan radio. Sedihnya. Nak nangis pula rasanya.
"Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas. Janji, dakwah jalan terus. Yang sedihnya, bagi yang menyekat itu, apalah nak dijawab di hadapan Allah apabila disoal.
"Sedangkan, menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah," tulisnya di Facebook dan Instagram.
View this post on Instagram
Dengor kabornya teman ni dah x digalakkan utk keluar dlm prgrm di tv dan radio.. ee sedihnyee..nak nangis pulak rasanya..Alhamdulillah dunia dakwah sgt luas.. janji dakwah jalan terus.. yg sedihnya bg yg menyekat tu apa lah nak dijawab dihadapan Allah apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah... pasni nak buat kerja apa ye? LBGT ok ke?
A post shared by Dato' Ustaz Kazim Elias (@ustazkazim) on
Dec 13, 2018 at 5:29pm PST
Nama beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim diletakkan di tempat kedua dalam senarai 10 penceramah selepas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.
Turut tersenarai, Samsul Debat, Dr Redzuan Tee Abdullah, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan, PU Amin dan PU Syed.
Sementara itu, PU Syed di laman Facebook miliknya mengakui beliau tidak kisah sekiranya dihalang daripada membuat kemunculan di TV dan radio.
Katanya, pada zaman ini, beliau boleh menyiarkan sendiri ceramahnya untuk diikuti secara langsung oleh penonton pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
“Kenapa nak bersedih? Relaks-relaks saja. Ambe disekat kerana tegur kerajaan. Jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai,” katanya.
Malah, dakwanya, beliau sering berdepan keadaan ‘dibuang’ daripada mengajar di masjid ketika zaman Barisan Nasional (BN) lagi.
Namun beliau tidak takut kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian diterima para nabi-nabi.
Beliau turut menyifatkan apa yang berlaku sebagai "kemuncup yang melekat dan boleh dibuang begitu sahaja."
Topic Berkaitan
#ceramah
#dakwah
#digam
#disekat
#Facebook
#Instagram
#penceramah
#pendakwah
#PU Syed
#radio
#televisyen
#ustaz
#Ustaz Kazim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan