awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

103 pelajar dijangkiti influenza di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2020
05:34 MYT
103 pelajar dijangkiti influenza di Pulau Pinang
Sehingga hari ini, hanya dua kelas di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth, ditutup selama 11, selepas 23 pelajarnya dijangkiti virus berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN) mengesahkan jumlah pelajar yang dijangkiti virus Influenza di negeri itu semakin meningkat dan kini mencecah 103 orang pelajar sehingga jam lapan malam tadi.
Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50 kes dalam tempoh tiga hari berbanding 53 kes pada 9 Januari lalu.
Bagaimanapun ianya tidak membabitkan penutupan sekolah di negeri itu.
Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, daripada jumlah itu, 86 kes membabitkan pelajar pra sekolah hingga tahun enam manakala 16 lagi pelajar tingkatan satu hingga enam.
Ujarnya, jumlah sekolah yang terlibat adalah 52 buah di lima daerah di negeri itu iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS), Timur Laut dan Barat Daya.
Daripada jumlah itu, 40 buah sekolah yang terlibat adalah sekolah rendah manakalah selebihnya adalah sekolah menengah.
Menurut laporan, daerah SPU mencatat bilangan paling tinggi dijangkiti virus influenza iaitu 36 pelajar, diikuti Timur Laut (24), SPS (22), SPT (14) dan Barat Daya (7) pelajar.
Sehingga hari ini, hanya dua kelas di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth, ditutup selama 11, selepas 23 pelajarnya dijangkiti virus berkenaan.
Abdul Rashid berkata, selain pelajar, tiga guru wanita turut dilaporkan terkena jangkitan penyakit itu membabitkan guru dua sekolah menengah di Timur Laut dan satu lagi sekolah rendah di SPU.
Jelas beliau, ketiga-tiga guru terbabit sudah dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#Influenza A
#influenza B
#Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
#JPN
#pendidikan
#Seberang Perai
#tutup sekolah
#virus
#virus Influenza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan