awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 lelaki ditahan ingkar PKP kerana solat terawih berjemaah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
30/04/2020
15:49 MYT
11 lelaki ditahan ingkar PKP kerana solat terawih berjemaah
Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020. -Gambar hiasan
Sebelas lelaki ditahan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dengan menunaikan ibadah solat terawih secara berjemaah di sebuah surau berhampiran Kampung Binsulok, Membakut.
Perbuatan itu terbongkar selepas foto mereka tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak dalam satu kenyataan, kesemua individu berkenaan difahamkan melakukan perbuatan tersebut kira-kira jam 8 malam, Rabu.
"Ekoran tindakan itu, telah tular satu gambar mereka sedang menunaikan solat berjemaah diaplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan kegusaran di kalangan masyarakat setempat.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian dan mencari semula semua individu yang terlibat sepertimana dalam gambar yang telah tular terbabit.
"Kita kemudiannya berjaya menahan 11 daripada 14 orang jemaah yang disyaki solat Isyak dan terawih di surau berkenaan," katanya.
Mengulas lanjut, Azmir berkata, hasil soal siasat terhadap semua suspek yang berusia antara 15 hingga 41 tahun itu, mendapati mereka mengetahui pelaksanaan PKP dan menyedari tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang kerana sengaja berhimpun.
Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020.
Topic Berkaitan
#berjemaah
#ditahan
#media sosial
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Polis Daerah Beaufort
#solat terawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan