awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 rumah rosak ribut landa Seremban

Bernama
Bernama
13/01/2019
03:17 MYT
11 rumah rosak ribut landa Seremban
Kesemua 43 mangsa selamat dan enggan berpindah. - Foto Twitter/BERNAMA
11 kediaman di tiga taman perumahan di sini rosak selepas dilanda ribut pada 2.30 petang Sabtu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Seremban dalam kenyataan di sini berkata Rumah Rakyat Sikamat merupakan kawasan yang terjejas dengan tujuh daripada keseluruhan 11 kediaman yang rosak akibat ribut.
"Tujuh rumah itu membabitkan tujuh keluarga dengan 12 lelaki dewasa, wanita dewasa (11), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (empat).
"Dua lagi taman perumahan ialah Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu yang masing-masing dua rumah yang rosak. Bagaimanapun kesemua 43 mangsa selamat dan enggan berpindah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Left Kol (PA) Fazlisyah Muslim berkata angin kuat disusuli ribut melanda Rumah Rakyat Sikamat, Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu antara 3 hingga 4 petang.
"Kesemua mangsa enggan berpindah menyebabkan tiada pusat pemindahan dibuka. Berikutan kejadian itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun ke lokasi dan mengagihkan khemah kepada mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin kencang
#jkm
#ribut
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan