12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh

12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh
Saringan kesihatan dijalankan ke atas murid-murid di STAR Ipoh. - Ihsan Jabatan Pendidikan Perak
IPOH: Sebanyak 12 lagi kes baru Influenza A atau H1N1 dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh setakat Khamis.

Ini menjadikan jumlah murid yang terjejas akibat gejala ini meningkat kepada 102.

Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Abdul Aziz Bari berkata daripada jumlah ini, tiga pelajar masih ditahan di hospital sementara 20 lagi dikuarantin.
Menurut beliau, pihak sekolah telah mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan risiko jangkitan, termasuk mengasingkan pelajar yang terjejas di pusat ko-kurikulum di sekolah serta membenarkan mereka pulang untuk pengasingan di rumah.

Di samping itu, kata Abdul Aziz, pihak sekolah juga membuat gotong-royong asrama seperti menjemur tilam, membuat saringan kesihatan ke atas semua pelajar serta membekalkan topeng muka kepada mereka.

Tambahnya, tindakan yang diambil pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula termasuk membuat pemeriksaan harian, memberi ceramah tentang virus Influenza kepada pelajar serta memantau pusat pengasingan yang disediakan pihak sekolah.




Tag: H1N1, influenza a, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR Ipoh, Abdul Aziz Bari


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.