awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
20/01/2020
02:34 MYT
12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini
MISTIRINE: Semua dalam keadaan terkawal, mereka sedang dirawat di hospital. - Gambar fail
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) merekodkan seramai 12 murid sekolah rendah yang dikesan dijangkiti Influenza A (H1N1) setakat ini.
Pengarahnya Dr Mistirine Radin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas mengenai lokasi kesemua murid yang terkesan dengan H1N1 itu.
"Di Sabah ini masih terkawal. Setakat ini, sehingga Jumaat lepas, yang kami laporkan ke Kementerian Pendidikan baru 12 orang.
"Tetapi, semua dalam keadaan terkawal. Mereka sedang dirawat di hospital," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan Program Sarapan Percuma (PSP) di Sekolah Kebangsaan Kebagu, di sini, pagi ini.
Pada 29 Disember 2019, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merekodkan lapan kes H1N1 melibatkan kanak-kanak di negeri ini.
Menterinya Datuk Frankie Poon Ming dalam kenyataan media terdahulu mendedahkan, lapan kes berkenaan merangkumi kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun.
Kes itu dilaporkan sejak 15 Disember 2019.
Topic Berkaitan
#H1N1
#Influenza A
#Kanak-kanak
#Kota Kinabalu
#Mistirine Radin
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan