Seramai 12 petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah disahkan mengidap wabak COVID-19, di mana salah seorang daripada mereka sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Selain itu, beliau berkata, tiga lagi petugas kesihatan dari sektor swasta turut dijangkiti wabak itu, yang sehingga kini telah meragut dua nyawa di negara ini.
“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.
“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau.
Sehingga 12 tengah hari semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Sebanyak 110 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling manakala 47 kes lagi adalah dari kluster kecil.
Beliau berkata, penambahan kes jangkitan itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 900 kes.
Firdaus Azil
Fri Mar 20 2020
Dr Noor Hisham berkata Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta. - Gambar fail
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Semua suspek itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.
COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15
Lelaki berusia 71 tahun itu berasal dari Melaka itu mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.
12 petugas KKM dijangkiti COVID-19, seorang kini dalam ICU - KP Kesihatan
Tiga lagi petugas kesihatan dari sektor swasta turut dijangkiti wabak itu, yang sehingga kini telah meragut dua nyawa di negara ini.