Seramai 120 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) dekat Kluang mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati sarapan mi goreng di dewan asrama sekolah berkenaan, pagi semalam.
Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu menerusi satu kenyataan di sini hari ini berkata kesemua pelajar itu, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
"Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang menerima satu notifikasi mengenai satu kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar daripada SMAKJ, pada 10.20 pagi semalam.
"Makluman awal diterima bahawa 10 pelajar daripada sekolah tersebut mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Mengkibol, Kluang dan lebih kurang 60 orang pelajar dalam perjalanan ke HEBHK, bagi pemeriksaan lebih lanjut," katanya.
Dr Aman berkata verifikasi kejadian kemudian dilaksanakan pada 11 pagi semalam dan siasatan serta langkah kawalan wabak turut dilaksanakan pada hari yang sama.
Beliau berkata siasatan lanjut oleh pihak PKD Kluang kemudian mendapati terdapat seramai 120 orang daripada bilangan 474 orang yang terdedah, mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala dan demam.
Katanya makanan yang disyaki dalam keracunan makanan itu adalah mi goreng yang dihidang pada sarapan pagi, namun, siasatan lanjut masih dilakukan oleh PKD Kluang bagi mengenalpasti punca sebenar keracunan makanan berkenaan.
Menurut Dr Aman, sampel klinikal daripada kes-kes, persekitaran serta pengendali sudah dihantar ke makmal untuk analisa manakala pemeriksaan terhadap dapur dewan asrama juga dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD Kluang.
"Penutupan sementara dapur asrama sudah dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tujuan disinfeksi premis dan siasatan lanjut.
"Pendidikan kesihatan sudah diberikan kepada pengetua sekolah, guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut. Semua pelajar dinasihati mengamalkan langkah lihat, hidu, dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan kejadian keracunan makanan dan mengamalkan tahap kebersihan yang baik," katanya dengan menambah kejadian keracunan itu adalah dalam keadaan terkawal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020
Siasatan lanjut PKD Kluang mendapati, seramai 120 orang daripada bilangan 474 orang yang terdedah, mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala dan demam. - Gambar hiasan
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam
Dr Aman memaklumkan perkara itu disedarinya selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut yang mengatakan beliau mahu meminjam wang.
COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup
Semua premis diarah tutup dengan kadar segera selain turut kerja-kerja sanitasi dilaksanakan secara berkala demi menjamin kesejahteraan bersama.
63,000 pesakit seluruh Malaysia terima bantuan TBP
Bantuan TBP disediakan kepada pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian peralatan rehabilitasi atau ubat-ubatan.
JKNJ nafi ada kes COVID-19 di Bandar Seri Alam
Dr Aman Rabu memaklumkan bahawa terdapat satu kenyataan tular yang memaparkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah terhadap seorang kontak pesakit COVID-19.
120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng
Kesemua pelajar itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan
Beliau berkata pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.