Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 131 orang yang dilaporkan terkandas di Yaman sejak Mac lepas susulan pandemik COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat sewaan khas Egypt Air pada 8.34 pagi tadi.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata kumpulan kedua seramai 17 orang pula dijadual tiba esok (3 Ogos) dengan penerbangan komersial Emirates pada jam 12.55 pagi.
Beliau berkata perjalanan kesemua 148 rakyat Malaysia tersebut bermula semalam (1 Ogos) dengan penerbangan dari Seiyoun, Yaman ke Kaherah, Mesir sebelum meneruskan perjalanan dengan dua penerbangan berasingan ke Malaysia.
"Rakyat Malaysia dari Yaman ini terdiri daripada pelajar persendirian yang telah menyatakan hasrat untuk pulang ekoran penularan pandemik COVID-19, serta pelajar yang telah tamat pengajian," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Kamarudin, yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar, berkata sebelum ini beberapa rancangan repatriasi oleh kerajaan Malaysia untuk membawa pulang kumpulan pelajar tersebut terpaksa ditunda atas sebab isu-isu logistik yang tidak dapat dielakkan.
"Namun demikian, pembukaan semula lapangan terbang dan penyambungan operasi penerbangan komersial oleh kerajaan Yaman membolehkan penerbangan sewaan khas repatriasi ini dilaksanakan. Kos repatriasi ini dibiayai secara bersama antara kerajaan Malaysia dengan penumpang yang rata-rata pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan," katanya.
Beliau berkata kesemua rakyat Malaysia yang tiba akan menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di KLIA dan seterusnya dibawa menjalani proses kuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan untuk pemantauan lanjut.
Ia adalah susulan lanjutan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Julai lepas mengenai prosedur kuarantin wajib selama 14 hari, katanya.
Kamarudin berkata Wisma Putra merakamkan penghargaan kepada kerajaan Yaman dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman yang membantu dalam usaha kepulangan rakyat Malaysia itu ke tanah air serta kerajaan Mesir di atas kerjasama diberikan dalam menjayakan usaha repatriasi rakyat Malaysia tersebut.
Beliau menegaskan Wisma Putra melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020
Kamarudin berkata kumpulan kedua seramai 17 orang pula dijadual tiba esok (3 Ogos) dengan penerbangan komersial Emirates pada jam 12.55 pagi. - BERNAMA
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Konflik di Gaza: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30
Serangan udara oleh Israel berterusan manakala Hamas membalas dengan menembak roket ke Tel Aviv.
Bandar hilang berusia 3,000 tahun ditemui di Mesir
Kawasan yang ditemui menerusi satu misi arkeologi itu lengkap dengan tinggalan struktur rumah yang diperbuat daripada tanah liat, serta artifak-artifak bersejarah dan alatan dari zaman firaun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Ogos 2020.
COVID-19: Rayuan kecualikan caj kuarantin pelajar Malaysia dari Yaman - YPC
Muhyiddin dirayu agar segera campur tangan mengatasi masalah caj kuarantin yang difahamkan dikenakan sebanyak RM1,890 ke atas pelajar Malaysia yang baru pulang dari Yaman pada pagi Ahad.
131 rakyat Malaysia terkandas di Yaman tiba di tanah air - Wisma Putra
Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 131 orang yang dilaporkan terkandas di Yaman sejak Mac lepas susulan pandemik COVID-19, selamat tiba di KLIA pada pagi Ahad.
Pelakon 'Twilight' meninggal dunia
Mendiang Boyce dijumpai bersama mayat teman wanitanya Natalie Adepoju, 27, di Las Vegas, Nevada.
Sampai berdarah hidung mahu jumpa Mo Salah
Dalam kekecohan itu, dia terlanggar tiang lampu lalu rebah terbaring dalam keadaan tidak sedar.
Laungan 'Laillahaillallah, As-Syahid Habibullah' iringi jenazah Dr Fadi
Laungan -Laillahaillallah, as-Syahid Habibullah- berkumandang di Surau Medan Idaman, Setapak, tatkala jenazah Imam Dr Fadi Al-Batsh dibawa masuk ke perkarangan surau itu.
Lebih 1,000 lagi pelajar dibawa pulang sebelum Jumaat
Seramai 1,328 pelajar selamat dihantar pulang menerusi Ops Piramid 2 setakat hari ini.