awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 individu disyaki hidap penyakit chikungunya di Alor Setar

Bernama
Bernama
23/06/2019
04:17 MYT
14 individu disyaki hidap penyakit chikungunya di Alor Setar
Masyarakat digesa mengambil tindakan pencegahan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah jangkitan chikungunya, denggi dan zika. - Gambar fail
Seramai 14 individu yang tinggal di deretan rumah kedai berhampiran City Plaza, di sini disyaki mengidap penyakit chikungunya selepas mempunyai tanda-tanda demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Setar yang tidak menerima sebarang maklumat berkaitan kes tersebut telah menjalankan siasatan segera selepas kes itu tular di media sosial semalam.
"Siasatan awal mendapati gejala itu bermula pada 9 Jun lepas di mana kebanyakan mereka telah mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik swasta sekitar Alor Setar namun keadaan mereka dilaporkan stabil.
"Berdasarkan tanda dan gejala yang dikesan telah mengesyaki mereka yang berumur antara 35 hingga 50 tahun itu berkemungkinan menghidap penyakit chikungunya, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari penyakit lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Norhizan berkata siasatan lanjut masih sedang dijalankan termasuk menghantar sampel untuk ujian makmal di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor.
"Buat masa ini, PKD sedang menjalankan tindakan pencegahan dan kawalan termasuk membuat pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan berkenaan.
"Sekiranya orang ramai terutamanya penduduk di kawasan Jalan Tunku Ibrahim sekitar City Plaza mempunyai gejala demam dan sakit sendi dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan yang berdekatan," katanya.
Beliau berkata maklumat lanjut mengenai kes itu akan dihebahkan dari semasa ke semasa dan orang ramai dinasihatkan mengelak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
"Kita juga menggesa semua pihak terutama masyarakat setempat mengambil tindakan pencegahan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah jangkitan chikungunya , denggi dan zika," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#chikungunya
#chikungunya di Alor Setar
#City Plaza
#Jalan Tunku Ibrahim
#nyamuk aedes
#penyakit chikungunya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan