awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 kematian babit Orang Asli Kuala Koh dicatat sejak 2 Mei - Waytha Moorthy

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
09/06/2019
07:03 MYT
14 kematian babit Orang Asli Kuala Koh dicatat sejak 2 Mei - Waytha Moorthy
Waytha Moorthy menunjukkan statistik pesakit yang menerima rawatan di tiga hospital di Kelantan. -Foto Sinar Harian
Sejumlah 14 kematian melibatkan penduduk Asli kaum Batek di Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang dilapor sejak 2 Mei hingga 7 Jun lepas.
Perkara tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy dalam sidang medianya bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussein siang tadi.
Menurut Waytha, jumlah kematian itu berdasarkan laporan daripada ketua masyarakat Asli, namun bukti kubur dan kematian sukar diperoleh kerana mangsa dilaporkan meninggal dunia semasa dalam hutan tebal yang terbatas komunikasi dan hubungan dengan dunia luar.
"Sehingga kini, hari ini, bolehlah kita katakan jumlah kematian adalah 14 orang dan jumlah Orang Asli dirawat 83 orang, 37 telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar, 32 orang masih dirawat di HGM (Hospital Gua Musang), 10 di Kuala Krai, satu kanak-kanak HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II), dan tiga lagi di rumah inap kesihatan Orang Asli di Gua Musang.
"Sebenarnya yang dijalankan bedah siasat selebihnya dilaporkan kematian berlaku di Taman Negara sempadan Kelantan-Pahang dan tiada komunikasi di antara penduduk dan polis. Kami dimaklumkan kebanyakannya mati semasa berada jauh di dalam hutan," kata Waytha.
Dua mangsa -- seorang wanita berusia 36 tahun dan kanak kanak tiga tahun -- dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala selebihnya menunjukkan pemulihan.
Sehingga kini punca penyakit masih belum dapat dikenal pasti. Bagaimanapun keputusan ujian akan diketahui tidak lama lagi.
Sebelum ini, bedah siasat yang dilakukan ke atas dua mangsa yang meninggal dunia pada 29 Mei dan Jumaat lepas mendapati mangsa dijangkiti radang paru-paru atau pneumonia.
Beliau berkata pakar perubatan juga menasihati supaya mengurangkan perhubungan dengan mangsa kerana penyakit ini jenis yang berjangkit.
Satu task force telah ditubuhkan di sini bagi menangani kes berkenaan.
Dilaporkan terdapat 186 orang daripada masyarakat Asli kaum Batek berada di Kuala Koh.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#jangkitan paru-paru
#kematian misteri
#Orang Asli
#pneumonia
#Waytha Moorthy
#Zaini Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan