Polis menahan pemimpin kumpulan Baju Kuning Hishammuddin Rais di Bangsar Utama pagi ini, menjadikan jumlah mereka yang ditahan berhubung perhimpunan haram di ibu negara seramai 15 orang setakat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata penahanan Hishammuddin itu bagi membantu siasatan berkaitan rusuhan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis sedang mengesan beberapa pemimpin Bersih (kumpulan Baju Kuning) dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (kumpulan Baju Merah) berhubung perhimpunan haram itu.
Polis telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga ketenteraman awam dengan menahan 14 pemimpin Baju Kuning dan merah termasuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan Pengerusi kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos, masing-masing semalam dan awal pagi ini, sebelum pun perhimpunan haram itu bermula.
IKUTI LAPOR LANGSUNG BERSIH 5 DI SINI
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh penahanan kebanyakan daripada 14 orang itu bertujuan mencegah berlakunya rusuhan, pecah keamanan dan menggugat ketenteraman awam pada perhimpunan haram itu.
BACA: BERSIH 5: JAMAL YUNOS DAN DUA PENGIKUTNYA DIREMAN EMPAT HARI
Setakat pukul 3.30 petang ini, polis berjaya menghalang daripada berlakunya sebarang pertembungan antara penyokong kumpulan Baju Kuning dan kumpulan Baju Merah apabila tidak membenarkan mereka menghampiri kawasan Dataran Merdeka dengan menutup laluan-laluan utama ke kawasan itu.
Para pemimpin Baju Kuning dan Baju Merah, secara berasingan, kelihatan cuba berunding dengan polis supaya laluan di Jalan Travers dan Jalan Parlimen dibuka, namun polis kelihatan tidak tunduk dengan permintaan mereka.
Susulan itu, sebahagian besar penyokong kedua-dua kumpulan itu kemudiannya kelihatan mencari jalan alternatif.
Setakat ini, tiada kumpulan yang dapat memasuki Dataran Merdeka. Polis juga cepat bertindak dalam mengawal keadaan dengan meleraikan pergaduhan kecil antara segelintir kecil penyokong kedua-dua kumpulan itu, sebelum keadaan lebih buruk berlaku.
Contohnya, pada asalnya terdapat sedikit kekecohan di Padang Merbok yang 'dikuasai' kumpulan Baju Merah apabila ada penyokongnya bertindak mengejar dua penyokong Baju Kuning di kawasan itu.
Tindakan pantas polis dapat mengawal keadaan dengan membawa kedua-dua penyokong Baju Kuning keluar dari kawasan itu dengan selamat.
Terdahulu, kira-kira pukul 11.30 pagi, polis turut mengarahkan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman menghentikan operasi masing-masing berikutan peserta perhimpunan mulai memenuhi sekitar kawasan berkenaan.
"Setiap tahun kami terpaksa menutup kedai apabila terdapat perhimpunan ini. Kami tidak boleh lari ke mana-mana dan hanya boleh menyorok di dalam kedai sekiranya berlaku apa-apa serangan kerana kebanyakan jalan telah ditutup," kata peniaga kedai cenderamata yang mahu dikenali sebagai Wong, 50-an.
Seorang pemilik stesen minyak di Jalan Bangsar yang enggan dikenali mengakui mengalami kerugian kerana tiada orang mahu mengisi minyak akibat stesen itu dijadikan tempat berkumpul penyokong perhimpunan haram.
Sementara itu, seorang pelancong dari United Kingdom yang hanya ingin dikenali sebagai Mike, 32, berkata dia bimbang sekiranya demonstrasi yang diadakan itu akan bertukar menjadi huru-hara.
"Saya harap tidak berlaku apa-apa perkara buruk," katanya.
Baju Kuning sememangnya mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran manakala Baju Merah pula turut mahu mengadakan perhimpunan di tempat yang sama bagi menghalang perhimpunan Baju Kuning, menimbulkan kekhuatiran berlakunya pertembungan antara kedua-dua kumpulan tersebut di dataran itu.
Baju Kuning dikatakan mengadakan perhimpunan itu bagi menjatuhkan kerajaan pusat sedia ada manakala Baju Merah dikatakan mempertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Keadaan keselamatan pada keseluruhannya terkawal.
Bernama
Sat Nov 19 2016
Gelombang kuning sedang berarak ke arah KLCC sekitar 3.30 petang Sabtu. - Gambar Astro AWANI/SYAFIQUE SHUIB
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA perlu dilihat secara rasional dan tidak dibayangi oleh kepentingan politik pihak tertentu.
Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.
Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menggesa jentera parti bergerak terus ke hadapan dan menganggap tiada sebarang ancaman mahupun benda baharu dalam perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.
Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari memaklumkan, perhimpunan Bersih akan terus diadakan meskipun tindakan keras dikenakan.
Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.
'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Tiada penglibatan dalam perhimpunan itu malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri dan bahagian, kata MB Perak.
'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
Beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.
Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis di kediamannya pada Sabtu malam berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 5.