Sejumlah 15 orang pelajar Malaysia dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang kini mengikuti Program Mobiliti Pelajar, ‘Meaningful Academic Visit to Banda Aceh’, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Mereka yang mengikuti rombongan, diketuai penasihat program Timbalan Dekan PJI & Alumni, Prof Dr Azizah Hanom Ahmad, berada dalam jarak selamat daripada kawasan gempa bumi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak perhubungan awam UiTM, kesemua mereka tidak terjejas dalam bencana tersebut.

“Pihak fakulti telah memaklumkan kepada kami, yang sebelum itu menghubungi pegawai berkaitan, mengesahkan bahawa mereka selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mereka berada di lokasi yang sejauh 65 kilometer dari kawasan yang dilanda gegaran,” ujarnya.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda di Pidie Jaya, Aceh awal pagi ini sekitar jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

LAPOR LANGSUNG: Angka korban meningkat, gempa bumi kuat melanda Aceh, Indonesia