Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan 15 kawasan dikenalpasti sebagai Zon Merah (bahaya) COVID-19 dalam negara dengan satu pertambahan daripada 14 kawasan semalam.

Kawasan yang ditambah pada senarai itu adalah Kepong.

Zon-zon tersebut merupakan kawasan yang mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 paling tinggi.

Berikut adalah kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah COVID-19:
  1. Petaling
  2. Lembah Pantai
  3. Hulu Langat
  4. Seremban
  5. Johor Bahru
  6. Kluang
  7. Kuching
  8. Kota Bharu
  9. Kepong
  10. Kinta
  11. Gombak
  12. Klang
  13. Titiwangsa
  14. Tawau
  15. Hilir Perak


Terdahulu, kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat di Selangor dikenalpasti sebagai kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 12 tengah malam Isnin.

Tindakan itu dilakukan atas nasihat KKM susulan pengesahan 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.