Skip to main content

Malaysia

16 Individu disyaki terlibat Daish ditahan

41566378969_TBAYOBKHAN.jpg
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 16 individu kerana disyaki terlibat dengan pengganas Daish.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.

Kesemua suspek antaranya ditahan di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, katanya.

"Kesemua suspek ditahan dalam operasi khas antara 10 Ogos sehingga semalam," katanya dalam sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video