Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

16 individu ingkar PKPP ditahan

16 individu ingkar PKPP ditahan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, dua direman dan 14 dikenakan kompaun. - Gambar fail
PUTRAJAYA : 16 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditahan semalam .

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, dua direman dan 14 dikenakan kompaun.

"Kesemua mereka didapati menjalankan aktiviti yang melanggar SOP termasuk gagal mendaftar serta mengambil suhu badan pelanggan," katanya dalam sidang media PKPP di sini pada Jumaat. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Task Force Operasi Pematuhan melibatkan 3,479 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 15,330 anggota telah membuat 67,047 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.
"Sebanyak 3,946 pasar raya, 5,655 restoran serta 1,454 penjaja, 1,242 kilang, dan 2,044 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa semalam, 3,895 tempat ibadah serta 1,617 tempat riadah," tambahnya lagi. 

Selain itu, Operasi Benteng atau Op Benteng yang dilakukan sejak dari 1 Mei sehingga semalam menyaksikan 1,215 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 215 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus.
Turut ditahan 80 individu yang disyaki penyeludup serta 39 buah kapal.

"PDRM juga telah membuat 68 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dan memeriksa 42,336 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

"PDRM telah berjaya menahan 9 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen," ujarnya.

Justeru katanya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI.




 


Tag: ismail sabri yaakob, PDRM, SOP, menteri, perintah kawalan pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP, COVID19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.