Benarkah golongan remaja mahu diiktiraf diberi perhatian dan mereka sering ingin menunjukkan kehebatan masing-masing.

Menurut Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Univesiti Malaya Profesor Madya Dr Mariani Md Nor mencadangkan agar pelaksaanan pembelajaran dan pengajaran tidak terarah kepada konsep memaksa.

“Dalam keadaan sistem pendidikan kita yang berorientasikan peperiksaan, guru harus lebih bijak menyusun atur jadual belajar dengan menseimbangkan aktiviti yang sesuai agar pelajar dapat merasa kehendak mereka juga diberi perhatian," dalam satu sistem pesanan ringkas WhatsApp di sini hari ini.

Tambah Dr. Mariani, remaja 16 tahun tergolong dalam kumpulan individu yang sedang mengalami proses perubahan emosi, sosial dan intelektual.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam semalam dilaporkan berkata, lebih kurang 100,000 pelajar Tingkatan 4 mengalami masalah tekanan mental.

Menurut beliau, mengambil berat tentang isu kesihatan mental dalam negara.

Mengikut kajian yang dijalankan pada 2015 dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah kira-kira 29.2 peratus.

“Namun, peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan sakit mental. Terdapat perbezaan pada kedua-duanya,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Datuk Haji Alimuddin Mohd Dom menyenaraikan enam punca yang boleh mengakibatkan tekanan mental pelajar Tingkatan 4.
  1. Berlaku perubahan sahsiah semasa memasuki fasa peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam remaja;
  2. Mencari idealisme berdasarkan watak-watak yang mereka minati;
  3. Bergelut membuat persediaan peperiksaan SPM;
  4. Tekanan ibu bapa dan guru agar maju dalam pelajaran;
  5. Cabaran memilih kawan-kawan yang sesuai dgn diri mereka; dan
  6. Keperluan kewangan membeli barang berjenama.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE),Tunku Munawirah Putra menyatakan perkara ini boleh diatasi jika sistem pendidikan kebangsaan turut mengambil kira tekanan mental yang dihadapi golongan pelajar.

“Dalam sistem pendidikan terbaik dunia seperti di Finland, mereka memberikan sokongan tambahan dan sumber untuk murid yang mungkin memerlukan perhatian khusus, sama ada masalah pembelajaran, masalah perkembangan dan masalah kesihatan mental yang mungkin menghalang kemampuan pembelajaran mereka.”

Dalam pada itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan menambah bilangan kaunselor bagi membantu pelajar yang berhadapan dengan masalah tekanan mental.

“Nisbah kaunselor terlatih di sekolah ialah pada 1:500. Jadi kami ingin meminta kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan jumlah kaunserlor di sekolah untuk mengatasi masalah ini daripada menjadi semakins serius.” jelas Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock.