Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

166 pelajar Malaysia dari Indonesia jalani proses kuarantin di IAB

166 pelajar Malaysia dari Indonesia jalani proses kuarantin di IAB
Bas yang membawa 166 pelajar Malaysia dari Indonesia memasuki Institut Aminuddin Baki, Nilai pada petang Khamis. - Foto Astro AWANI
NILAI: Seramai 166 orang pelajar Malaysia dari Indonesia tiba di Pusat Pemantauan (Surveillance Centre) di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Nilai hari ini.

Kesemua pelajar itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi sebelum dibawa menaiki tiga bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua buah bas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke institut itu.

Kumpulan pertama tiba di pusat itu sekitar jam 2.00 petang manakala kumpulan kedua tiba pada jam 3.16 petang.

Tinjauan Astro AWANI mendapati pergerakan kesemua bas dikawal ketat oleh anggota polis.
Kesemua pelajar itu akan menjalani saringan kesihatan dan kuarantin selama 14 hari bagi memastikan mereka bebas dari sebarang jangkitan COVID-19.

Daripada jumlah itu difahamkan tiga daripada pelajar berada dalam keadaan tidak sihat.
Manakala difahamkan, seramai 144 orang pelajar dari Medan, Indonesia akan tiba di KLIA pada petang Khamis sebelum dibawa ke institut yang sama bagi proses saringan kesihatan dan kuarantin selama 14 hari.

Sehingga kini, beberapa institut dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) antaranya Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) turut digunakan sebagai Pusat Pemantauan terhadap pelajar dari luar negara yang dibawa pulang ke Malaysia.


Tag: Pelajar, Institut Aminuddin Baki, AIB, Noraini Ahmad, KPT, Kementerian Pengajian Tinggi, Kuarantin, Pulang, Nilai, Saringan Kesihatan, Covid-19, Koronavirus, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.