Seramai 16 pelajar dan seorang aktivis dari kumpulan #LangkahSiswa ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #LangkahSiswa pada Selasa.
Semua yang ditahan termasuk 14 lelaki dan tiga wanita.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, semua mereka ditahan kira -kira jam 10 malam semalam selepas enggan bersurai di hadapan bangunan Parlimen.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai polis telah memberikan amaran dan mengarahkan kumpulan tersebut beredar kerana berada kurang 50 meter dari kawasan Parlimen.
"Tindakan mereka menyalahi undang-undang dan ketika tangkapan terdapat kira-kira 25 orang berada di situ (termasuk pemerhati)," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Jelas Munusamy, pihaknya juga telah mengarahkan kepada peserta masuk ke dalam trak polis sendiri dan mereka tidak akan digari.
Bagaimanapun, tambahnya lagi tiada seorang pun dari kalangan peserta itu mengikut arahan.
"Polis mengarahkan peserta untuk naik ke dalam trak, namun mereka enggan menyebabkan beberapa orang terpaksa digari dengan menggunakan pita pengikat," katanya.
Kumpulan yang terdiri daripada 30 mahasiswa berkumpul sejak Ahad lalu mengadakan protes duduk di luar perkarangan Parlimen bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan.
Kumpulan yang menggelar diri mereka Langkah Siswa memulakan protes dengan berarak ketika hujan lebat bermula dari bangunan Bank Negara Malaysia di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur ke bangunan Parlimen.
Mereka kemudiannya berkhemah di luar Parlimen sehinggalah polis menahan mereka pada Selasa malam.
Hakim Rahman
Wed Aug 26 2015
Semua mereka ditahan kira -kira jam 10 malam semalam (Selasa) selepas enggan bersurai di hadapan bangunan Parlimen. - Gambar Twitter Sim Tze Tzin
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
#LangkahSiswa: Tempoh reman 17 aktivis mahasiswa dipendekkan
Seramai 17 aktivis mahasiswa yang ditahan polis pada malam Selasa kerana melakukan protes dengan berkhemah di luar bangunan Parlimen di sini, telah dibebaskan, hari ini.
17 ditahan reman susulan perhimpunan #LangkahSiswa
Semua mereka ditahan kira -kira jam 10 malam semalam (Selasa) selepas enggan bersurai di hadapan bangunan Parlimen.