Tutup

19,244 penjawat awam Selangor dapat bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

19,244 penjawat awam Selangor dapat bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
AMIRUDIN: Kerajaan negeri turut membuat keputusan memuktmadkan jumlah bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini. - Astro AWANI
PENJAWAT awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidifitri.

Pemberian bantu khas tersebut diumumkan Menteri Besar negeri tersebut, Amirudin Shari pada majlis Rapat Ramadan Bersama Kakitangan Awam Selangor 2019 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada Jumaat.

Menurut laporan portal Selangorkini, bantuan di bawah Insentif Mahabbah Ramadan akan dibayar kepada kesemua 19,244 penjawat awam pada 7 Jun depan.

“Kerajaan Selangor memperuntukkan RM33.84 juta untuk insentif ini. Kami juga menyediakan bantuan khas berjumlah RM1,000 kepada 739 orang kakitangan persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.


“Kerajaan negeri turut membuat keputusan memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini.
"Ini bermakna bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapaian prestasi yang diperolehi ketua jabatan,” kata Amirudin.


Tag: Menteri Besar, Amirudin Shari, pejawat awam, Selangor, bantuan khas, gaji, bantuan khas kewangan, bonus raya, bonus, Aidilfitri, duit raya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.