awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 kes baharu, 11 kes melibatkan rakyat Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/06/2020
10:13 MYT
19 kes baharu, 11 kes melibatkan rakyat Malaysia
Enam kes adalah kes import manakala dua kes adalah bukan warganegara dan 11 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Malaysia merekodkan 19 kes baharu COVID-19 sepanjang temboh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Jelasnya, enam kes adalah kes import manakala dua kes adalah bukan warganegara dan 11 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.
Selain itu, lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
"Perincian bagi 11 kes dalam kalangan warganegara ada seperti berikut iaitu enam kes di Selangor melibatkan dua kes saringan pusat rehabilitasi di Dengkil; dua kes saringan madrasah tahfiz; satu kes Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah di Sabak Bernam; satu kes saringan tempat kerja di Klang.
"Dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan satu kes di Kluster Pangsapuri Cheras; satu kes bagi Kluster Gombak yang merupakan kluster baharu iaitu saringan kontak rapat kes 7,064 dan kes 7,246.
"Satu kes saringan pekerja kilang di Seremban, Negeri Sembilan dan dua kes di Sabah bagi saringan kontak rapat iaitu ahli keluarga kepada kes 3,641 dan kes 4,537," katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.
Beliau pada masa sama memaklumkan, tiada pertambahan kes kematian sekali gus jumlah kumulatif kes kematian kekal 117 kes.
Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia terus mematuhi garis panduan dan kekal waspada terutama sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat Malaysia
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan