Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan pihaknya melanggar kewajipan kontrak berhubung penamatan kontrak YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) sebagai penyedia perkhidmatan 1BestariNet.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas berkata berdasarkan perjanjian, kontrak perkhidmatan YTLC telah tamat pada 30 Jun lepas, dan bukannya ditamatkan KPM.
Menurutnya, YTLC diberi kontrak 1BestariNet Fasa 1 bagi tempoh 13 Dis 2011 hingga 30 Jun 2016, termasuk lanjutan kontrak sebanyak tujuh kali sebelum kontrak fasa kedua yang bermula 1 Julai 2016 hingga 30 Jun lepas.
"Justeru, dakwaan KPM telah melanggar obligasi kontrak serta berlaku tidak adil kepada YTLC dan telah menamatkan kontrak syarikat itu adalah tidak adil dan tidak benar sama sekali," katanya pada sidang media di sini.
Mengenai dakwaan YTLC bahawa pihaknya ada menawarkan solusi lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sehingga tender baharu dibuat telah ditolak, Mohd Gazali berkata pihaknya juga telah menolak tawaran beberapa syarikat pembekal lain.
Ia termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menyediakan perkhidmatan internet kepada 10,000 sekolah untuk tempoh interim tersebut, kata Mohd Gazali.
"Sepanjang tempoh lapan tahun perkhidmatan, kami tahu kelebihan dan kelemahan YTLC, dan sebab itu kami akan gunakan tempoh interim ini untuk meneroka teknologi baharu yang ditawarkan syarikat telekomunikasi lain.
"Antara lain, tawaran YTLC ditolak kerana terdapat kos tersembunyi," katanya.
Rabu lalu, dalam satu kenyataan, YTLC antara lain berkata, pihaknya terperanjat dengan pengumuman KPM pada 27 Jun lalu bahawa Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis telah ditawarkan untuk menyediakan perkhidmatan internet sementara.
Ia mendakwa, dengan menyingkirkan YTLC, kementerian telah memungkiri janji untuk memanggil tender terbuka dan sebaliknya bersetuju membayar bagi perkhidmatan internet kepada 3 ISP yang dilantik walaupun pihaknya menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.
Sebagai contoh, Mohd Gazali berkata kementerian terpaksa menanggung kos caj elektrik sebanyak RM41,881,384.98 melibatkan 2,715 tapak menara telekomunikasi sedangkan hakikatnya ia perlu dibayar syarikat tersebut.
Katanya, YTLC tidak pernah membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi yang dipasang di sekolah sejak Kontrak Perkhidmatan 1Bestarinet Fasa 2 bermula sehingga kini.
"Laporan Ketua Audit Negara telah membuat teguran berkaitan caj elektrik supaya kos tersebut ditanggung oleh YTLC kerana menara telekomunikasi yang dipasang adalah juga untuk tujuan komersial selain untuk kegunaan sekolah," tambahnya.
Selain itu, menurut Mohd Gazali, kerajaan juga berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi sebanyak RM32,580,000 setahun jika khidmat YTLC diteruskan.
Bagaimanapun, atas sikap tanggungjawab, KPM meluluskan permohonan YTLC untuk pengguna komersial syarikat itu kekal menggunakan pemancarnya di kawasan sekolah selama tiga bulan sehingga 30 Sept depan, katanya.
Jelasnya lagi, KPM turut melihat kelemahan yang dihadapi dalam pelaksanaan Projek 1BestariNet Fasa 2 akan berulang selain tidak dapat meneroka teknologi terkini dan bersesuaian untuk KPM sendiri.
Dalam pada itu, katanya, dapatan hasil kajian impak dan hala tuju pendidikan digital negara yang dijalankan ke atas guru, pelajar dan pentadbir mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan YTLC tidak memuaskan dan ia tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak kerajaan.
Mohd Gazali menegaskan segala tindakan yang diambil berkaitan 1BestariNet adalah demi kepentingan guru, murid dan sekolah dalam menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran berkualiti, selain mengoptimumkan sumber kewangan negara.
Wan Syamsul Amly
Fri Jul 05 2019
Mohd Gazali Abas pada sidang media di Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Apa dosa Muhyiddin kepada Maszlee? - Ketua Penerangan Armada
Surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah tersebar menyatakan Maszlee gagal mematuhi arahan Kabinet dalam isu perkhidmatan internet percuma di sekolah.
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.
KPM disaran laksana penilaian holistik projek 1BestariNet Fasa 2
Laporan audit itu juga mendapati sasaran pengaktifan ID VLE oleh ibu bapa di bawah program Pengurusan Perubahan terhadap 8,094 daripada 8,551 sekolah yang dilawati, turut tidak tercapai.
1BestariNet: Kos tersembunyi antara faktor tawaran YTLC ditolak - KPM
Contohnya, Mohd Gazali berkata kementerian terpaksa menanggung kos caj elektrik sebanyak RM41,881,384.98 sedangkan hakikatnya ia perlu dibayar syarikat itu.
1BestariNet tidak gagal - Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan hari ini menafikan dakwaan beberapa pihak mengenai Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang dikatakan gagal.
PAC kenal pasti kelemahan libatkan pengurusan kontrak dalam 1BestariNet
Antara isu berbangkit yang dikenal pasti PAC ialah berhubung kelewatan penyambungan internet dan tahap penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) yang rendah.
PAC akan panggil saksi beri keterangan isu projek 1BestariNet
PAC akan memanggil beberapa saksi untuk memberikan penerangan berhubung kelemahan pelaksanaan fasa pertama Projek Perkhidmatan 1BestariNet.
Sistem penjagaan kesihatan Malaysia ketiga terbaik di dunia
Malaysia mendapat tempat ketiga setelah mendapat markah 95 daripada 100 mata, sementara negara-negara di tempat dua teratas, iaitu Perancis dan Uruguay masing-masing memperolehi 97 dan 96 mata.