Bekas ketua pegawai eksekutif dana kekayaan milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyifatkan "1MDB adalah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Najib adalah 1MDB".
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa apa yang terpahat dalam fikirannya ialah tidak ada bezanya antara entiti itu dan bekas perdana menteri.
"Apa yang Najib mahu lakukan, saya perlu melaksanakannya. Pada masa itu, saya cuba menyelaraskan apa yang lembaga 1MDB mahukan dan apa yang Najib selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB mahu," katanya.
Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-26 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung dana 1MDB.
Saksi itu menjelaskan tentang keadaan tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI).
"Oleh itu, adalah penting untuk membentuk konteks tentang mengapa keputusan mengenai perjanjian PSI dilakukan dengan cepat dan saya meredah semuanya untuk mempercepatkannya. Saya percaya ini yang Najib mahukan," katanya.
Mahkamah juga diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low juga adalah penasihat untuk PSI apabila kedua-dua syarikat (1MDB dan PSI) mengadakan usahasama pada September 2009.
"Jho Low sendiri memaklumkan ke[pada saya mengenai perkara itu. Saya tidak menganggapnya sebagai konflik kepentingan walaupun Jho Low turut memberi nasihat kepada 1MDB pada masa yang sama," katanya.
Muhammad Shafee: Anda mempunyai tanggungjawab kepada lembaga sebagai badan kolektif, adakah anda tahu apakah jenis tanggungjawab?
Shahrol Azral: Tanggungjawab fidusiari.
Muhammad Shafee: Apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab fidusiari? Adakah anda faham perkataan itu?
Shahrol Azral: Tanggungjawab kewangan.
"Tidak, itu bukan apa yang dimaksudkan, Fidusiari adalah kewajipan untuk menjadi telus dan jujur dan bertindak demi kepentingan terbaik lembaga dan syarikat. Jelas sekali anda tidak faham perkataan itu," kata Muhammad Shafee.
Shahrol Azral: Apapun saya jujur dan telus
Muhammad Shafee: Biar hakim memutuskan sama ada anda jujur atau tidak. Bagaimana anda dapat memahami bahawa pengarah-pengarah mempunyai tanggungjawab fidusiari?
Shahrol Azral: Ya,
Muhammad Shafee: Tetapi kamu tidak tahu apa maksudnya. anda, anda nampaknya tidak mengabil berat kewajipan fidusiari anda kepada lembaga.
Shahrol Azral: Saya tidak bersetuju.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. Pendakwa raya kanan dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama. - Gambar fail/Astro AWANI
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.