awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB bidas laporan The Edge

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/07/2015
10:15 MYT
1MDB bidas laporan The Edge
Muka depan akhbar The Edge Financial Daily hari ini dengan nota pengarang yang memberi bayangan ia mungkin laporan terakhir mereka mengenai 1MDB.
1Malaysia Develoment Bhd (1MDB) membidas laporan yang dikeluarkan The Edge Financial Daily hari ini kerana menyiarkan pelbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas.
Syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyifatkan laporan yang dikeluarkan akhbar harian berbahasa Inggeris itu sebagai laporan tidak bertanggungjawab.
"Kami tidak menyangka kerana dakwaan-dakwaan lapuk dan tidak terbukti ini dipergunakan sekali lagi,
"Sedangkan beberapa siasatan serentak kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan isu-isu yang ditimbulkan sebelum ini," kata kenyataan itu.
Menurut 1MDB lagi, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat yang boleh membantu para penyiasat tidak perlu mensensaikan laporan yang tidak bertanggungjawab.
"Mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan," kata kenyataan itu.
1MDB mengulangi keyakinan di dalam proses wajar seperti yang dibuktikan oleh siasatan yang sedang dijalankan secara profesional dan teliti oleh pihak berkuasa.
Akhbar perniagaan The Edge Financial Daily dalam pendedahan empat muka surat mendakwa Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, telah bekerja dengan PetroSaudi International (PetroSaudi) untuk menyalurkan sekurang-kurangnya AS$1.83 bilion (RM6.96 bilion) dalam bentuk wang tunai daripada 1MDB, melalui syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi Limited.
Akhbar itu turut menyatakan ia mempunyai tanggungjawab untuk mencari dan melaporkan kebenaran dan akan membantu siasatan berkaitan 1MDB.
Ia turut memberi bayangan ia mungkin laporan terakhir mereka mengenai 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#PetroSaudi
#The Edge Financial Daily
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan