awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Laporan PAC akan diperhalusi Kabinet- Khairy

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
07/04/2016
07:32 MYT
1MDB: Laporan PAC akan diperhalusi Kabinet- Khairy
Khairy Jamaluddin berkata hasil rumusan dan cadangan dari siasatan itu akan diperhalusi secara menyeluruh terlebih dahulu oleh jemaah menteri - Foto Fail
Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibawa ke Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata hasil rumusan dan cadangan dari siasatan itu akan diperhalusi secara menyeluruh terlebih dahulu oleh jemaah menteri sebelum tindakan diambil.
"Jemaah menteri akan melihat secara serius rumusan dan cadangan yang telah dibuat PAC berkenaan urusniaga 1MDB.
“Perbincangan akan dibuat dengan jemaah menteri dahulu dan selepas itu sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh PAC hari ini, " katanya selepas berucap di majlis Luncheon Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).
Laporan PAC ke atas 1MDB di Dewan Rakyat pada Khamis, antara lain mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan’.
Dapatan itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus syarikat pelaburan negara itu.
Antara lain laporan itu mencadangkan agar siasatan turut dilakukan ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Keputusan itu turut mendapati, syarikat itu bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Khairy Jamaluddin
#PAC
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan