awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: MT UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara dipercepatkan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
11/05/2015
12:18 MYT
1MDB: MT UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara dipercepatkan
Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dipercepatkan, kata presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.
"Saya harap Ketua Audit Negara dapat buat kenyataan bila hasil siasatan terhadap 1MDB dapat diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Katanya, MT UMNO juga memberi sokongan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dan menawarkan kepakaran mereka untuk menambah baik firma pelaburan tersebut.
Mengenai isu Lembaga Tabung Haji (TH) membeli sebidang tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX), Najib berkata perkara tersebut juga dibincangkan dalam mesyuarat MT UMNO.
"Kita bincang tentang Tabung Haji, pendeposit tidak perlu bimbang terhadap wang mereka," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#1MDB
#MT
#Najib Razak
#Tabung Haji
#TRX
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan