awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB nafi buat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya

Bernama
Bernama
10/06/2015
15:20 MYT
1MDB nafi buat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya
ARUL KANDA: Dakwaan oleh anggota parlimen pembangkang bahawa 1MDB membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd adalah tidak benar. -Gambar fail
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan ia membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd.
"Dakwaan oleh anggota parlimen pembangkang bahawa 1MDB membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd adalah tidak benar," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa 1MDB tidak mempunyai urusan kewangan, termasuk meminjam, dengan AmanahRaya. Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AmanahRaya turut menafikan wujudnya transaksi seperti didakwa antara kedua-dua pihak.
"AmanahRaya menegaskan bahawa laporan media itu tidak berasas dan berniat jahat. Kami menafikan AmanahRaya pernah meluluskan pinjaman kepada 1MDB."
"Kami menegaskan bahawa AmanahRaya sentiasa mematuhi tadbir urus yang ketat dalam semua urusan kami menerusi kelulusan oleh jawatankuasa pelaburan dan lembaga pengarah," katanya.
AmanahRaya berkata ia memandang berat tuduhan tidak berasas dan berniat jahat terhadapnya dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi perniagaan dan reputasinya.
Ia juga menafikan dakwaan bahawa Pengerusi AmanahRaya Dusuki Ahmad digantikan dengan Reezal Merican Naina Merican disebabkan isu berkaitan dakwaan pinjaman itu.
"Pelantikan pengerusi dilakukan menerusi proses pelantikan yang biasa," katanya.
AmanahRaya ialah syarikat pemenang amanah utama di Malaysia. Ia telah memberi perkhidmatan selama 90 tahun dan merupakan peneraju pasaran dalam pengurusan amanah, pewarisan dan perkhidmatan wasiat.
Topic Berkaitan
#1MDB
#AmanahRaya
#Arul Kanda
#Dusuki Ahmad
#pinjaman RM2 bilion
#Reezal Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan