awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2016
09:00 MYT
1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland
Mohamed Apandi (gambar) menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB. -Gambar fail
Jabatan Peguam Negara hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata demikian sebagai membalas kenyataan Ketua Pendakwaraya Switzerland yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).
Bagaimanapun, Mohamed Apandi dalam satu kenyataan memberitahu akan melihat terlebih dahulu siasatan Switzerland bersama dengan hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.
Pada Selasa, Mohamed Apandi mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan semula sebahagian besar dana yang dikatakan 'RM2.6 bilion' yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Dengan itu, menurutnya, Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion, dan kesnya juga ditutup.
Tambahnya, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Ia merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan," katanya pada satu sidang khas.
Sehubungan itu, beliau juga berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ketua Pendakwaraya Switzerland
#Mohamed Apandi Ali
#Najib Tun Razak
#Peguam Negara
#RM2.6 bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan