awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Pejabat Peguam Negara kekal keputusan walaupun ada permintaan semakan semula

Hakim Rahman
Hakim Rahman
08/10/2015
11:20 MYT
1MDB: Pejabat Peguam Negara kekal keputusan walaupun ada permintaan semakan semula
Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara, Menurut kenyataan itu lagi, kertas siasatan daripada BNM telah diterima pada 21 Ogos lalu.
Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan tiada salah laku terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun ada permintaan untuk semakan semula oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira ketiadaan bukti baru.
Permohonan BNM untuk semakan semula itu telah difailkan pada 1 Oktober lalu.
"Mengambil kira permintaan dan fakta, tiada bukti baru ditemui, Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan sebelum ini," kata Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Pejabat Peguam Negara selepas Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan supaya isu 1MDB diselesaikan segera.
Menurut kenyataan itu lagi, kertas siasatan daripada BNM telah diterima pada 21 Ogos lalu.
Namun Timbalan Pendakwa Raya 1 Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan 1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil dan kertas siasatan dipulangkan semula 11 September lalu.
Malah keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan itu juga telah dimaklumkan kepada BNM pada hari sama.
Siasatan BNM dibuat mengikut bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang berkuat kuasa sebelum 2013, berkaitan dengan 1MDB.
Bagaimanapun kenyataan itu memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum melengkapkan siasatan mereka berikutan kenyataan beberapa saksi utama masih belum direkodkan.
Jabatan Peguam Negara turut menegaskan pasukan khas yang menyiasat 1MDB tidak pernah dibubarkan dan pihaknya tidak pernah membuat kenyataan memaklumkan sebarang pembubaran.
Sementara itu, kenyataan tersebut turut menafikan laporan mengatakan kertas siasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.
"Berkenaan isu ini, pihak Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan terdapat laporan antara 12 September, 2015 hingga sekarang mengatakan kertas penyiasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan masih berjalan adalah tidak tepat dan tidak benar," katanya.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Majlis Raja-Raja
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan