awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: "Saya beritahu PM pecat semua ahli lembaga pengarah syarikat" - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2015
07:39 MYT
1MDB: "Saya beritahu PM pecat semua ahli lembaga pengarah syarikat" - Muhyiddin
Muhyiddin (gambar) mengesahkan beliau telah memberitahu PM Najib untuk memecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB.
Muhyiddin berkata demikian semasa mengulas tentang video semasa pertemuan tertutup dengan ahli UMNO yang disebarkan sebuah blog.
“Saya telah membuat kenyataan itu semasa mesyuarat tertutup, tetapi tiada apa yang baharu tentang apa yang saya katakan. Saya telah nyatakannya secara terbuka sebelum ini,” kata Muhyiddin di lobi Parlimen hari ini, seperti yang dilaporkan oleh The Star Online.
Di dalam video itu, Muhyiddin turut menyeru supaya polis menyiasat syarikat itu.
“Bagaimana dalam tempoh singkat, sebuah syarikat milik kerajaan menanggung beban liabiliti RM42 bilion?
"Kalau syarikat itu saya punya dan saya bangun pagi dilaporkan bahawa ada perkara luar biasa yang berlaku dan tidak semena-mena CEO pinjam RM10 bilion, tiap bulan saya kena bayar interest RM100 juta hingga RM200 juta... saya tidak terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban begitu, tetapi itu berlaku di Malaysia,” katanya di dalam video viral itu.
Sumber YouTube Channel Dr. MAZA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Lembaga Pengarah
#liabiliti
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#RM42 bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan