awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi pelancongan Jepun perkenal papan tanda piktogram amaran beruang
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Bekas wartawan FMT ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Selesai dengan AS, tidak bermakna terlepas di Malaysia - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/11/2019
11:45 MYT
1MDB: Selesai dengan AS, tidak bermakna terlepas di Malaysia - Guan Eng
GUAN ENG: Kerajaan akan pastikan Jho Low didakwa atas salah laku yang dilakukannya di negara negara ini.
Tindakan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low yang mencapai penyelesaian dengan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyerahkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta tidak bermakna beliau akan terlepas daripada pendakwaan di negara ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan akan pastikan Jho Low didakwa atas salah laku yang dilakukannya di negara negara ini.
“Sehingga hari ini, ada orang menafikan masalah 1MDB, termasuk yang menyatakan 1MDB bukan masalah dan ia satu penipuan.
“Namun, ini adalah satu kenyataan dan hakikat di mana Jho Low sendiri selesaikan bayaran. Kalau (Jho Low) tak salah, mengapa buat bayaran?
“Di sini kerajaan nak tegaskan, pembayaran hampir hampir AS$1 bilion tidak bermakna beliau akan terlepas daripada pendakwaan salah laku yang dilakukan beliau ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) peringkat dasar.
Pada 31 Oktober lalu, DoJ dalam satu kenyataan berkata aset itu terletak masing-masing di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.
Dengan muktamadnya penyelesaian itu, bersekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, Amerika Syarikat akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih AS$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB.
Dalam kenyataan berasingan, Jho Low mengesahkan penyelesaian telahpun dicapai dengan kerajaan Amerika Syarikat berhubung kes pelucutan hak sivil.
Menurutnya, ia "menyelesaikan sepenuhnya dan selama-lamanya setiap tindakan sivil, jenayah dan pentadbiran atau prosiding kerajaan Amerika berkaitan dengan aset defendan yang menjadi isu itu di Daerah Tengah California.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Amerika Syarikat
#DoJ
#jabatan keadilan
#Jho Low
#Lim Guan Eng
#Low Taek Jho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan