Ahli veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat seluruh anggota Kabinet seharusnya memikul tanggungjawab bersama dalam berhadapan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menghadapinya secara berseorangan.
“Semua di sana (anggota kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap apa yang berlaku. Anda tidak boleh berkata itu bukan masalah anda. Selagi anda menganggotai Kabinet, sama ada anda tahu atau tidak tahu, anda perlu sama-sama bertanggungjawab.
“Sekiranya mereka (ahli kabinet) tidak tahu mengenai perkara ini, mereka patut siasat mengenai perkara ini,” jelas Ku Li.
Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ucapan majlis tertutup bersama pemimpin UMNO yang mahukan pengurusan 1MDB dipecat.
BACA: 1MDB: "Saya beritahu PM pecat semua ahli lembaga pengarah syarikat" - Muhyiddin
BACA: 1MDB: 'Najib, tolonglah dengar nasihat Muhyiddin' - Syed Ali
“Apa yang dikatakan Muhyiddin bukanlah sesuatu perkara yang baru. Cuma ketika kenyataannya dikeluarkan, kena pula pada masanya.
“Jika seseorang menjalankan sebuah organisasi dan tidak menunjukkan prestasi yang baik serta melakukan kesalahan, sudah tentu pihak pemegang saham akan mengambil tindakan ke atas mereka. Terutama jika kesalahan yang dilakukan itu mengakibatkan kerugian yang sangat besar.
“Namun saya fikir, sebagai timbalan perdana menteri, Muhyiddin sepatutnya ‘berbisik’ dahulu kepada perdana menteri mengenai masalah yang dihadapi 1MDB dan juga masalah yang dihadapi oleh negara,” tambah Ku Li kepada pemberita di Parlimen petang tadi.
BACA JUGA : 'Mengarutlah suruh orang berhenti bercakap tentang 1MDB' - Tun M
Muhyiddin pada 21 Mei mengesahkan bahawa beliau telah memberitahu Perdana Menteri untuk memecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Muhyiddin turut menyeru supaya polis menyiasat syarikat itu.
Sebelum ini, 1MDB hebat dikritik pelbagai pihak termasuk menimbulkan pelbagai persoalan dalam beberapa aspek pelaburan yang dibuat oleh syarikat pembangunan strategik itu yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Mariah Ahmad
Mon May 25 2015
KU LI : Semua di sana (anggota kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap apa yang berlaku. Anda tidak boleh kata itu bukan masalah anda. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Amanah berkata pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
Ku Li dilantik Penasihat UMNO - Laporan
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat kepada parti berkenaan, menurut sumber.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.
UMNO kalah teruk jika hadapi PRU15 tanpa persediaan - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li berkata, parti itu akan kalah teruk jika menghadapi PRU15 tanpa membuat persediaan secukupnya.
Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.
MKT UMNO bincang tindakan Ku Li jumpa Amanah - Ahmad Maslan
Sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan dan pandangan sebelum diluluskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
PRN Melaka: 'MN sudah berkubur, ataupun lama mati tak ada kubur' - Ku Li
Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat.