awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Siasatan awal bekas kakitangan Petrosaudi bukti e-mel bocor telah dipinda

Bernama
Bernama
24/06/2015
09:11 MYT
1MDB: Siasatan awal bekas kakitangan Petrosaudi bukti e-mel bocor telah dipinda
1MDB berkata siasatan awal ke atas bekas kakitangan PetroSaudi yang ditahan kerana cubaan peras ugut berkaitan e-mel maklumat milik PetroSaudi menunjukkan sebahagian daripada e-mel yang dibocorkan itu telah dipinda. - Gambar Fail
1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan siasatan awal ke atas bekas kakitangan PetroSaudi yang ditahan kerana cubaan peras ugut berkaitan e-mel maklumat milik PetroSaudi menunjukkan sebahagian daripada e-mel yang didakwa telah bocor itu telah dipinda.
Dalam satu kenyataan di sini, 1MDB berkata, ia yakin pihak berkuasa akan menyiasat secara terperinci, mengumpul fakta dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
BACA: 1MDB: Bekas eksekutif IT PetroSaudi ditahan polis Thailand 1MDB nafi dakwaan Tun Mahathir
"1MDB juga berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka ke atas perkara ini," katanya.
Astro AWANI pada Selasa melaporkan bekas eksekutif IT tersebut, Xavier Justo ditahan di kepulauan Thai semalam dan dihantar ke ibu negara Bangkok pada hari ini, menurut laporan The Malaysian Insider malam ini.
"Justo telah ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Diraja Thai Polis semalam dan didakwa atas cubaan memeras ugut PetroSaudi International (PetroSaudi).
Topic Berkaitan
#1MDB
#PetroSaudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan